This is default featured slide 4 title

You can completely customize the featured slides from the theme theme options page. You can also easily hide the slider from certain part of your site like: categories, tags, archives etc. More »

This is default featured slide 5 title

You can completely customize the featured slides from the theme theme options page. You can also easily hide the slider from certain part of your site like: categories, tags, archives etc. More »

 

PEMBETULAN BERITA SEKOLAH BIL. 1/2015

Berikut adalah maklumat untuk perhatian dan tindakan Ibu Bapa / Penjaga

1. CUTI SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA
Sekolah akan bercuti seperti ketetapan berikut :
Tarikh : Mulai 18 Februari 2015 (Rabu) hingga 23 Februari 2015 (Isnin)
Sila pastikan anak tuan puan hadir semula ke sekolah pada 24 Februari (Selasa)

BERITA SEKOLAH BIL1/2015

Berikut adalah maklumat untuk perhatian dan tindakan Ibu Bapa / Penjaga

1. CUTI THAIPUSAM
Tarikh : 3 Februari 2015 (Selasa)

2. AKTIVITI KOKURIKULUM
Aktiviti Kokurikulum akan dijalankan mengikut ketetapan berikut :
Tarikh : Bermula 4 Februari 2015 (Rabu)
Waktu : 2.30 ptg hingga 5.00 ptg
Sasaran : Semua murid tahun 4,5 dan 6

3. CUTI SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA
Sekolah akan bercuti seperti ketetapan berikut :
Tarikh : Mulai 17 Februari 2015 (Selasa) hingga 22 Februari 2015 (Ahad)
Sekolah akan dibuka semula pada 23 Februari 2013 (Isnin)

NOTIS MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SKTC KALI KE-23

Dengan ini sukacitanya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Kali ke-23 akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 14 Februari 2015 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan SK Taman Cuepacs

Kehadiran tuan/puan amatlah diharapkan bagi menjayakan mesyuarat agung kali ini.

Selamat Datang

DSC_0579Selamat datang diucapkan kepada Pn Roslina bt Janor Guru Besar SK Taman Cuepacs. Kami warga SK Taman Cuepacs mengalu-alukan kedatangan Pn Roslina.

PENANGGUHAN SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.