Skip to content
Anda di sini: Halaman Utama Informasi PERMOHONAN KEMASUKAN KANAK-KANAK KE TAHUN 1 SESI 2013 DAN 2014
PERMOHONAN KEMASUKAN KANAK-KANAK KE TAHUN 1 SESI 2013 DAN 2014 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh admin   
Khamis, 01 Mac 2012 12:22

 

PENDAFTARAN UNTUK KEMASUKAN KANAK-KANAK TAHUN KELAHIRAN 2006

DAN 2007 KE TAHUN SATU SESI PERSEKOLAHAN 2013 DAN 2014

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuki. Surat Pejabat Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Selangor Ruj:JPNS.REN 600-10/1/3 BIL (03) 17 Februari 2012 adalah berkaitan.

2. Sehubungan dengan itu, sukacita dimaklumkan mulai tahun 2012 ibubapa/penjaga boleh mengisi borang permohonan pendaftaran tahun satu mulai 01 Mac 2012 hingga 30 April 2012untuk kemasukan kanak-kanak tahun kelahiran 2006 dan 2007 ke sesi persekolahan 2013 dan 2014 melalui aplikasi dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang (web) Jabatan Pelajaran Selangor http://www.moe.gov.my/jpnselangor atau http://apps.emoe.gov.my/esppsel/pptahun1. Ibu bapa perlu membuat Perakuan Permohonan tersebut di sekolah yang dipohon dengan membawa cetakan borang maklumat permohonan serta dokumen-dokumen Asal dan Salinan seperti :-

1. Sijil Lahir / Sijil Angkat Asal

2. Bil Utiliti (Bil Letrik/Bil Air/Bil Telefon)

3. Satu salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa/penjaga

4. Sijil Nikah / Sijil Cerai

5. Sampul surat putih bersaiz 4 x 9 (115 cm x 245 cm)

6. Setem 60 sen

3. Bersama-sama ini dilampirkan Tatacara dan Panduan permohonan Online murid tahun satu

2013 dan 2014 untuk panduan dan tindakan pihak tuan selanjutnya.

Sekian, terima kasih

LAST_UPDATED2
 
Jumaat, 24 Mei 2013  
15. Rajab 1434

Daftar Masuk



EMAIL SEKOLAH

 

QR CODE

 

Frog Asia

 


Hak Cipta Terpelihara © 2011 - Sekolah Kebangsaan  Taman Cuepacs
Untuk paparan terbaik, sila gunakan pelayar Mozilla Firefox dengan paparan resolusi 1024x768.